Memaparkan catatan dengan label Order of Canada. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Order of Canada. Papar semua catatan

23 September 2012

Sistem Kabel Dasar Laut Antarabangsa Terbaru TM


Telekom Malaysia
Telekom Malaysia (Photo credit: Wikipedia)
Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan ketersediaan sistem kabel dasar laut antarabangsa terbarunya, Cahaya Malaysia yang menghubungkan Malaysia ke Jepun mula membawa trafik Internet manakala sambungan ke Hong Kong dijadualkan siap pada suku pertama 2013.


Cahaya Malaysia mula dibangunkan pada Januari 2011 menjadi sistem dua pasangan gentian milik TM sepenuhnya dalam sistem 6 pasangan gentian Asia Submarine Express (ASE) yang menghubungkan Malaysia ke Jepun, Hong Kong, Filipina dan Singapura. Pelaksanaan sistem kabel dasar laut terbaru menandakan satu lagi pencapaian bukan saja kepada TM, malah kepada industri telekomunikasi Malaysia. Cahaya Malaysia adalah pelaburan terbesar TM bagi sistem kabel dasar laut antarabangsa setakat ini. Projek ini menggambarkan komitmen TM untuk melabur dalam pembangunan komunikasi Internet Protokol di rantau Asia dan memberikan sambungan Internet lebih pantas dan berdaya tahan, sekali gus memberikan pengalaman melayari Internet yang lebih baik kepada pengguna.

Map of Malaysia, circa 1914
Map of Malaysia, circa 1914 (Photo credit: Wikipedia)
ASE dilaksanakan dengan jumlah kapasiti melebihi 15 terabit sesaat (Tbps) menggunakan teknologi optikal Dense Wavelength Division Multiplexing (DWDM) yang akan mengguna pakai teknologi 100 Gbps pada masa akan datang. Sistem kabel ASE ini hasil kerjasama antara TM dari Malaysia, NTT Communications Corporation (NTT Com) dari Jepun, Philippine Long Distance Telephone Company (PLDT) dan StarHub, Singapura. Kabel bertahap pendam rendah (low-latency) sepanjang 7,800 km ini dibangunkan dengan teliti untuk memaksimumkan kebolehpercayaan, menahan kerosakan daripada gempa bumi dan taufan serta meliputi jarak terpendek ke Jepun. 

TM bekerjasama dengan kerajaan bagi memenuhi aspirasi Program Transformasi Ekonomi (ETP) terutama dalam bidang Infrastruktur Komunikasi dan Kandungan (CCI). Pelaburan bagi Cahaya Malaysia ini termasuk di bawah Projek Permulaan (EPP) 10 daripada ETP. Ia bakal meluaskan rangkaian serantau kerana kabel ini membolehkan TM memberikan capaian lebih baik dan boleh dipercayai kepada rakyat Malaysia. Cahaya Malaysia akan mempertingkatkan perkhidmatan rangkaian global TM dengan menambah kapasiti dan mengukuhkan keupayaan syarikat untuk menyediakan Malaysia capaian serantau yang lebih baik serta sambungan menyeluruh. 

Metro Ethernet system
Metro Ethernet system (Photo credit: Wikipedia)
Sistem kabel ini akan menyediakan laluan alternatif dan pelbagai di rantau Asia Pasifik bagi mengelakkan kawasan yang terdedah kepada aktiviti seismik berbahaya kepada kabel dasar laut. Penggunaan sistem kabel ini juga berpotensi untuk menyediakan laluan alternatif serta pemulihan kepada sistem kabel sedia ada di rantau ini kerana ia direka bentuk untuk menyediakan hubungan yang menyeluruh kepada sistem kabel trans-Pasifik sedia antara Asia Pasifik ke Amerika Utara. Stesen darat Cahaya Malaysia terletak di Mersing yang juga menjadi hentian sistem kabel utama yang lain termasuk Asia America Gateway (AAG) dan South East Asia-Middle East-Western Europe 3 (SEA-ME-WE3).

- HMO

Enhanced by Zemanta

19 September 2012

Blogging Kini Semudah Menaip Di Telefon Pintar

Ya kini dunia blog tidak sesukar dahulu. Dengan kecanggihan dunia Internet, segalanya tidak mustahil untuk dilakukan. Weblog kini dapat dikemaskini dari mana-mana platform termasuklah ketika anda menggunakan tablet atau telefon pintar. Ini bermakna kita boleh kemaskini blog di dalam pengangkutan awam, taman, pusat beli-belah mahupun di tepi pantai.
blogging
blogging (Photo credit: Sean MacEntee)
Jika anda tiada talian Internet anda boleh taip terlebih dahulu kemudian simpan sebagai draf, namun bergantung kepada aplikasi yang anda gunakan. Untuk kali pertama saya boleh menaip entri terbaru menerusi telefon Sony Xperia Sola saya. Telefon pintar ini dikuasakan oleh sistem operasi Android, oleh itu aplikasi Blogger sememangnya dapat dipasang kerana Android dan Blogger adalah produk Google. Jika telefon anda adalah Android tak kiralah Sony, Samsung, Motorola, HTC, dan lain-lain, anda boleh muat turun aplikasi Blogger di Google Play. Ianya percuma dan mudah digunakan.
Blogging Montage
Blogging Montage (Photo credit: Blogging Librarian)
Walaupun tidak semua fungsi boleh didapati namun sekurang-kurangnya kita boleh taip apa yang berada di minda terus sebelum hilang idea. Ia mungkin luahan perasaan (diari), kejadian semasa (jika anda di luar), seminar yang sedang anda ikuti (wartawan) atau ketika baru bergambar dengan artis mungkin. Sebarang perubahan boleh disunting nanti ketika di hadapan komputer. Selamat mencuba.

22 Februari 2006

Sumber Terbuka: Peralatan daya saing terbaru firma

Logo Open Source Initiative
Logo Open Source Initiative (Photo credit: Wikipedia)
Beberapa tahun sebelum ini, perkataan sumber terbuka atau langkah syarikat mendedahkan kod sumber yang menjadi teras kepada pembangunan perisian mereka dianggap amat asing dan berbahaya kepada daya saing serta kelangsungan perniagaan mereka. Namun, pandangan dan persepsi itu berubah apabila semakin banyak syarikat kini sedia berkongsi kod sumber mereka dengan orang ramai, lantas menggalakkan lagi penggunaan sumber terbuka sebagai satu cara meningkatkan lagi daya saing masing-masing. Kod sumber terbuka adalah langkah maju ke depan untuk bersaing dengan syarikat perisian komersial yang menguasai sebahagian besar pasaran industri perisian dunia. Microsoft Corp. (Microsoft) juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan perubahan pesat industri perisian terutama sumber, ia kini akan memasukkan ciri sumber terbuka dalam setiap perisiannya manakala syarikat perisian lain, misalnya, Integrated Computer Solutions, akan memastikan perisian aplikasi yang dibangunkannya memiliki ciri sumber terbuka. Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan pandangan berkenaan, Presiden VMVMware yang menghadapi persaingan sengit syarikat perisian sumber terbuka berpandangan, perisian komersial masih lagi penting selagi syarikat yang menghasilkannya sentiasa terus melakukan inovasi serta mendahului pesaingnya.

Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...