Memaparkan catatan dengan label Microsoft Windows. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Microsoft Windows. Papar semua catatan

22 Februari 2006

Sumber Terbuka: Peralatan daya saing terbaru firma

Logo Open Source Initiative
Logo Open Source Initiative (Photo credit: Wikipedia)
Beberapa tahun sebelum ini, perkataan sumber terbuka atau langkah syarikat mendedahkan kod sumber yang menjadi teras kepada pembangunan perisian mereka dianggap amat asing dan berbahaya kepada daya saing serta kelangsungan perniagaan mereka. Namun, pandangan dan persepsi itu berubah apabila semakin banyak syarikat kini sedia berkongsi kod sumber mereka dengan orang ramai, lantas menggalakkan lagi penggunaan sumber terbuka sebagai satu cara meningkatkan lagi daya saing masing-masing. Kod sumber terbuka adalah langkah maju ke depan untuk bersaing dengan syarikat perisian komersial yang menguasai sebahagian besar pasaran industri perisian dunia. Microsoft Corp. (Microsoft) juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan perubahan pesat industri perisian terutama sumber, ia kini akan memasukkan ciri sumber terbuka dalam setiap perisiannya manakala syarikat perisian lain, misalnya, Integrated Computer Solutions, akan memastikan perisian aplikasi yang dibangunkannya memiliki ciri sumber terbuka. Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan pandangan berkenaan, Presiden VMVMware yang menghadapi persaingan sengit syarikat perisian sumber terbuka berpandangan, perisian komersial masih lagi penting selagi syarikat yang menghasilkannya sentiasa terus melakukan inovasi serta mendahului pesaingnya.

Enhanced by Zemanta

11 Februari 2006

Windows XP berbahasa tempatan

Windows XP introduced a new interface, along w...
Windows XP introduced a new interface, along with many other new features. This screenshot shows Windows XP Professional. (Photo credit: Wikipedia)
Gergasi perisian terkemuka, Microsoft Corp. telah memperkenalkan buat pertama kalinya di dunia Windows XP Starter Edition dengan antara muka 4 bahasa utama iaitu bahasa Melayu, China, India, dan Inggeris di pasaran Malaysia. Versi bahasa Melayu sudah diperkenalkan sebelum ini sebagai alternatif kepada bahasa Inggeris iaitu pada bulan Februari 2005. Kali ini ia dimantapkan lagi dengan tambahan dua bahasa utama tempatan untuk pasaran yang menyeluruh.Pengenalan itu akan meningkatkan lagi pencapaian masyarakat Malaysia terhadap teknologi kerana mereka kini boleh memilih kaedah penggunaan sistem operasi yang lebih mudah dan murah dalam bahasa tempatan. Windows XP Starter Edition pelbagai bahasa ini membuktikan komitmen Microsoft untuk menjadikan teknologi yang dibangunkan mudah dicapai dan mampu dimiliki, terutamanya bagi pengguna yang baru hendak berjinak dengan dunia pengkomputeran. Versi 4 bahasa itu juga mengandungi beberapa pengemaskinian produk tambahan untuk menyokong rakan kongsinya di Malaysia. Ia dijangka memasuki pasaran pada setengah tahun pertama 2006 menerusi pengeluar komponen peribadi berperalatan asli (OEM) dan pengedar Microsoft OEM.

Enhanced by Zemanta

Windows XP dilanda kelemahan besar

Microsoft telah memberi amaran mengenai kelemahan besar dalam sistem operasi terkininya Windows XP yang membolehkan penggodam komputer (hacker) mengakses dan mengambil alih komputer pengguna. Syarikat itu menggesa pengguna XP supaya memindah terima fail pembetulan (patch) dari tapak webnya. Microsoft telah menyediakan pembetulan 'kritikal' berikutan kelemahan keselamatan dalan Windows XP dan versi-versi Windows lain seperti Windows, termasuk Windows 98, 98 SE atau ME yang telah mengaktifkan perkhidmatan Universal Plug and Play bagi membolehkan pemasangan pembetulan itu dengan segera. Kelemahan keselamatan itu berpunca daripada kelemahan lain yang mendedahkan komputer pengguna kepada serangan penggodam ketika mengakses Internet, yang boleh mengambil alih sepenuhnya PC terbabit.

Enhanced by Zemanta

09 Februari 2006

Virus trojan ancam Windows XP

Anatomy of a Trojan #1 (The Vector)
Anatomy of a Trojan #1 (The Vector) (Photo credit: TahoeSunsets)
Virus trojan dikesan menjangkiti komputer peribadi yang menggunakan sistem operasi Windows XP dengan tujuan utamanya bagi mengawal sistem komputer mangsa dari jarak jauh. Virus berkenaan menggunakan nama Phel perkataan Help yang dieja terbalik menjangkiti mereka yang melawat laman web menerusi kawalan Internet Explorer Help. Ia memanfaatkan kelemahan IE dan Windows XP ServicePack 2 (SP2). Microsoft berusaha menutup kelemahan itu yang mana telah melakukan analisis kod Phel dan menyifatkan kelemahan yang ada pada kod program adalah serius. Program telah giat dibangunkan untuk memperbaiki kelemahan berkenaan. Masalah virus yang melanda Microsoft itu menyebabkan penguasaannya dalam pelayar (browser) web dunia agak tergugat. Hal ini kerana semakin ramai yang beralih ke pelayar lain seperti Firefox ( http://www.mozilla.org/firefox/) yang dihasilkan menggunakan perisian sumber terbuka (open source) sebagai alternatif kepada IE.

Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...