Memaparkan catatan dengan label Bukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bukan. Papar semua catatan

15 September 2012

Manfaat Laman Sosial Sebar Dakwah, Bukan Aibkan Orang

Setiap Muslim yang beriman akan sentiasa menjaga akhlak dalam setiap tingkah laku tidak kira masa atau di mana mereka berada, termasuk ketika bersosial secara maya di laman sosial yang kini menjadi kegilaan masyarakat sejagat kerana kemampuan berinteraksi yang tidak terbatas.
Keadaan dunia tanpa sempadan ini ada kala menyebabkan masyarakat leka dan menolak ajaran agama yang menekankan akhlak mulia dalam perhubungan sesama manusia. Ledakan laman sosial menyumbang banyak peristiwa positif mahupun negatif.

Setiap perkara baik tidak menjadi masalah, perkara negatif ditimbulkan mewujudkan pelbagai permasalahan akhirnya merosakkan diri sendiri. Justeru, pengawalan akhlak yang sempurna tidak kira di mana saja berada perlu diambil kira.
social networking
social networking (Photo credit: Sean MacEntee)

Sedar atau tidak, penyalahgunaan laman sosial contohnya di facebook dan twitter boleh mengundang perkara negatif seperti pertelingkahan dan pergaduhan kerana sesetengah pengguna tidak berakhlak tanpa rasa bersalah sanggup menjatuhkan air muka orang lain, memfitnah, memuatkan pernyataan berbentuk hasutan atau provokasi.

Memang tidak dinafikan ada sesetengah pengguna tidak memandang serius perkara ini. Walaupun ia nampak ringan dan dianggap 'gurauan', tetapi ia mampu memberi impak lebih besar selain mengundang kemurkaan Allah SWT.

Beretika dan tidak melebihkan emosi ketika melayari laman sosial mampu mengelak perkara tidak baik. Teknologi canggih ini sebaliknya boleh dimanfaatkan untuk tujuan murni seperti berdakwah, menyebarkan maklumat serta mengeratkan silaturahim.

Nafsu tidak dapat dikawal ketika perasaan marah dan tertekan. Bertenang dan berfikir secara mendalam sebelum melakukan sesuatu perkara dapat mengawal keadaan. Perasaan menyesal biasanya akan hadir selepas perasaan marah reda.

Pepatah Melayu, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.' Oleh itu, hormati hak dan peribadi orang lain. Rahsia yang diamanahkan jangan dijadikan isu untuk menarik perhatian kerana ia boleh mencetuskan kekecewaan serta memutuskan ikatan silaturahim.
English: The Muslim population of the world ma...
English: The Muslim population of the world map by percentage of each country, according to the Pew Forum 2009 report on world Muslim populations. (Photo credit: Wikipedia)

Laman sosial boleh menjadi medium dakwah yang luas apabila digunakan secara tertib dan betul. Untuk berdakwah, peribadi dan akhlak ditunjukkan pemilik akaun akan dihitung terlebih dulu. Justeru, pemilik akaun perlu mengindahkan penulisan untuk menarik minat rakan maya ke arah kebaikan.

Walaupun hanya sepotong hadis ia mampu disampaikan dan dilihat ramai pelayar di laman sosial berbanding kuliah atau ceramah di dewan walaupun menempatkan beratus orang.

Penyebaran dakwah secara cacian dan kutukan untuk menunjukkan kepandaian atau kealiman dalam sesuatu perkara boleh menjauhkan sesama sendiri. Bukankah agama Islam lebih menginginkan keharmonian dan kedamaian dalam menyebarkan Islam?

Sebarang maklumat yang disebarkan perlu diketahui hukum dan sumbernya yang sahih. Jika hadis atau petikan dari kitab, perlu yang bersanad, asli dan sahih sumbernya. Ini untuk mengelak kekeliruan orang awam jika membuat penafsiran sendiri.

Mudah percaya dan mendedahkan rahsia diri kepada rakan maya, terutama yang tidak dikenali boleh mengundang padah dan bahaya. Menyerahkan maklumat diri seperti gambar, alamat tempat tinggal, pekerjaan akan mengundang mudarat.

Banyak kes sumbang terjadi berpunca daripada penyalahgunaan maklumat maka berhati-hatilah dan pandai-pandailah membawa diri di alam maya.

Kesimpulannya, semua bergantung kepada kesedaran diri sama ada ingin melayari laman sosial dengan akhlak baik atau mengikut nafsu dan emosi semata-mata. Ingatlah Allah Maha Tahu apa yang diperbuat hamba-Nya.

- ILI

20 Mac 2006

Permainan video bentuk remaja ganas

Video games, chor bazaar, mumbai
Video games, chor bazaar, mumbai (Photo credit: Wikipedia)
Kajian terkini terhadap keganasan yang dihasilkan melalui permainan video mendapati kanak-kanak yang terlalu lama bermain permainan itu menjadi lebih agresif, berkelahi dengan abang mereka dan ketinggalan dalam persekolahan. Mengikut kajian daripada Universiti Saint Leo, Florida mendapati pemain muda mudah terpengaruh dengan aktiviti dalam permainan berkenaan dan melaksanakan pergerakan berkenaan selepas bermain permainan berkenaan. Satu kajian mendapati pemain yang bermain selama 10 minit dikesan bertindak agresif berbeza daripada watak asal sebaik sahaja menekan butang off pada konsol permainan. Kajian lain terhadap lebih 600 pelajar berusia antara 13 dan 14 tahun, guru mendapati mereka yang bermain permainan ganas lebih agresif seperti bertelagah dengan pihak berkuasa selain cenderung berkelahi di antara mereka. Penyelidik juga mendapati remaja lelaki lebih cenderung membuang masa di depan konsol permainan berbanding perempuan.

Kajian terkini terhadap keganasan yang dihasilkan melalui permainan video mendapati kanak-kanak yang terlalu lama bermain permainan itu menjadi lebih agresif, berkelahi dengan abang mereka dan ketinggalan dalam persekolahan. Mengikut kajian daripada Universiti Saint Leo, Florida mendapati pemain muda mudah terpengaruh dengan aktiviti dalam permainan berkenaan dan melaksanakan pergerakan berkenaan selepas bermain permainan berkenaan. Satu kajian mendapati pemain yang bermain selama 10 minit dikesan bertindak agresif berbeza daripada watak asal sebaik sahaja menekan butang off pada konsol permainan. Kajian lain terhadap lebih 600 pelajar berusia antara 13 dan 14 tahun, guru mendapati mereka yang bermain permainan ganas lebih agresif seperti bertelagah dengan pihak berkuasa selain cenderung berkelahi di antara mereka. Penyelidik juga mendapati remaja lelaki lebih cenderung membuang masa di depan konsol permainan berbanding perempuan.

Enhanced by Zemanta

22 Februari 2006

Sumber Terbuka: Peralatan daya saing terbaru firma

Logo Open Source Initiative
Logo Open Source Initiative (Photo credit: Wikipedia)
Beberapa tahun sebelum ini, perkataan sumber terbuka atau langkah syarikat mendedahkan kod sumber yang menjadi teras kepada pembangunan perisian mereka dianggap amat asing dan berbahaya kepada daya saing serta kelangsungan perniagaan mereka. Namun, pandangan dan persepsi itu berubah apabila semakin banyak syarikat kini sedia berkongsi kod sumber mereka dengan orang ramai, lantas menggalakkan lagi penggunaan sumber terbuka sebagai satu cara meningkatkan lagi daya saing masing-masing. Kod sumber terbuka adalah langkah maju ke depan untuk bersaing dengan syarikat perisian komersial yang menguasai sebahagian besar pasaran industri perisian dunia. Microsoft Corp. (Microsoft) juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan perubahan pesat industri perisian terutama sumber, ia kini akan memasukkan ciri sumber terbuka dalam setiap perisiannya manakala syarikat perisian lain, misalnya, Integrated Computer Solutions, akan memastikan perisian aplikasi yang dibangunkannya memiliki ciri sumber terbuka. Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan pandangan berkenaan, Presiden VMVMware yang menghadapi persaingan sengit syarikat perisian sumber terbuka berpandangan, perisian komersial masih lagi penting selagi syarikat yang menghasilkannya sentiasa terus melakukan inovasi serta mendahului pesaingnya.

Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...