Memaparkan catatan dengan label bloggers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bloggers. Papar semua catatan

27 Oktober 2012

Kemas Kini Blog Melalui Telefon Pintar


BAGI seorang blogger, idea sememangnya sangat penting untuk mendapatkan bahan yang menarik untuk ditulis dalam blog.

Jangan benarkan idea yang menarik itu terlepas begitu sahaja tanpa dikongsi bersama pembaca dan pengikut setia di blog kamu.

Aplikasi yang ditampilkan oleh .com minggu ini mungkin dapat membantu kamu dalam menyelesaikan masalah itu agar kamu dapat mengemas kini blog di mana sahaja.

Cukup dengan hanya menggunakan telefon, kamu boleh mengemas kini blog melalui perisian Blogger oleh Google Inc. yang terdapat di dalam telefon pintar Android dan juga iPhone.

Caranya sangat mudah, setelah memuat turun aplikasi melalui Play Store (Android) atau App Store (iPhone) kamu kini boleh mengemas kini blog di mana sahaja kamu berada.

Paparannya sangat ringkas dan mudah digunakan ditambah pula jika kamu mempunyai banyak blog dalam satu akaun kamu boleh memilih untuk mengemas kini blog yang kamu suka.

Jika kamu belum lagi mahu menyiarkan entri tersebut, kamu boleh menyimpan idea yang sudah kamu tulis dalam draf.

Jadi apa tunggu lagi blogger di luar sana, bolehlah mencuba aplikasi ini bagi memastikan semua idea dan catatan blog kamu sentiasa dikemas kini walaupun ketika dalam perjalanan jauh.

Selamat mencuba.

19 September 2012

Blogging Kini Semudah Menaip Di Telefon Pintar

Ya kini dunia blog tidak sesukar dahulu. Dengan kecanggihan dunia Internet, segalanya tidak mustahil untuk dilakukan. Weblog kini dapat dikemaskini dari mana-mana platform termasuklah ketika anda menggunakan tablet atau telefon pintar. Ini bermakna kita boleh kemaskini blog di dalam pengangkutan awam, taman, pusat beli-belah mahupun di tepi pantai.
blogging
blogging (Photo credit: Sean MacEntee)
Jika anda tiada talian Internet anda boleh taip terlebih dahulu kemudian simpan sebagai draf, namun bergantung kepada aplikasi yang anda gunakan. Untuk kali pertama saya boleh menaip entri terbaru menerusi telefon Sony Xperia Sola saya. Telefon pintar ini dikuasakan oleh sistem operasi Android, oleh itu aplikasi Blogger sememangnya dapat dipasang kerana Android dan Blogger adalah produk Google. Jika telefon anda adalah Android tak kiralah Sony, Samsung, Motorola, HTC, dan lain-lain, anda boleh muat turun aplikasi Blogger di Google Play. Ianya percuma dan mudah digunakan.
Blogging Montage
Blogging Montage (Photo credit: Blogging Librarian)
Walaupun tidak semua fungsi boleh didapati namun sekurang-kurangnya kita boleh taip apa yang berada di minda terus sebelum hilang idea. Ia mungkin luahan perasaan (diari), kejadian semasa (jika anda di luar), seminar yang sedang anda ikuti (wartawan) atau ketika baru bergambar dengan artis mungkin. Sebarang perubahan boleh disunting nanti ketika di hadapan komputer. Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...