04 Oktober 2012

Telefon Pintar Jejaskan Jualan Gajet IT

NEW YORK, NY - APRIL 10:  A sign is posted in ...
(Image credit: Getty Images via @daylife)
Jika berbicara tentang teknologi, ia tidak pernah ada penghujungnya. Saban hari pelbagai peralatan canggih yang merangkumi segenap aspek muncul untuk mendominasi kehidupan manusia moden. Satu ketika dahulu komputer peribadi (PC) pernah dianggap simbol kekayaan seseorang, tetapi kini, dunia semakin berubah. Teknologi yang sentiasa ke hadapan membuatkan ramai sudah melupai zaman memiliki sebuah PC. Kewujudan variasi telefon pintar dan aplikasi komputer tablet menyebabkan ia menjadi kegilaan masyarakat masa kini. Malah, penggunaan gajet sedemikian bukan sahaja terhad pada golongan dewasa, bahkan remaja belasan tahun termasuk kanak-kanak di sekolah rendah.

NEW YORK, NY - AUGUST 21: A man shops inside o...
(Image credit: Getty Images via @daylife)
Bagaimanapun, di sebalik fenomena telefon pintar itu, ramai yang tidak menyedari dilema yang dihadapi pengusaha atau peruncit produk berkaitan teknologi maklumat (IT). Apabila semua orang menggunakan telefon pintar untuk melakukan semua perkara daripada berkomunikasi, merakamkan foto, melayari internet, menghantar e-mel, mendengar lagu, memuat turun aplikasi dan banyak lagi, ia menyebabkan pengguna tidak membeli produk-produk IT lain. Situasi tersebut menjejaskan pengusaha dan peruncit IT seperti margin keuntungan yang rendah, perlindungan harga/tuntutan rebat, komitmen terhadap stok dan kecairan kewangan. Selain itu perang harga, kesan dasar komputer riba percuma kerajaan yang menjejaskan jualan, kekerapan penganjuran pameran perdagangan dan ketiadaan persatuan untuk melindungi nasib peniaga menambahkan keperitan peniaga.

Menyelami masalah peniaga

Semua masalah ini jika tidak diatasi dengan baik mampu membuatkan ramai peruncit atau peniaga produk IT gulung tikar kerana tidak mampu menanggung beban tersebut. Jumlah pendapatan yang dijana oleh sektor IT untuk produk berasaskan IT antara Ogos 2011 dan Julai 2012 adalah sekitar RM4 bilion. Ia juga sebenarnya penurunan sebanyak 3.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Rata-rata mereka melahirkan harapan agar satu tindakan segera perlu diambil bagi menyelesaikan dilema yang dihadapi bagi memastikan masa depan yang lebih cerah buat golongan tersebut.
IMG_0147
IMG_0147 (Photo credit: Yoshimasa Niwa)

Namun, pasaran sekarang begitu terkesan dengan kewujudan pelbagai aplikasi telefon pintar yang secara tidak langsung menjejaskan jualan produk IT. Sepuluh tahun lalu, peruncit boleh menjual bermacam-macam produk apabila pelanggan membeli sebuah PC untuk kegunaan sendiri. Tetapi, sekarang dengan membeli sebuah komputer riba atau telefon pintar, ia sudah mencukupi. Justeru, tidak banyak produk yang boleh peruncit jual kepada pelanggan. Tambahan pula, persaingan sengit dari pelbagai pihak membuatkan pengaliran wang masuk berkurangan.

Masa sukar

Jualan berkurangan, harga produk yang tidak terkawal menyebabkan tiada keuntungan yang diperoleh dan peningkatan perbelanjaan bagi operasi kedai memburukkan lagi keadaan. Justeru, peruncit amat berbesar hati jika ada pihak yang mahu mengambil langkah pertama dalam usaha membendung permasalahan ini sekali gus menyokong penuh setiap tindakan yang akan dilakukan kelak. Ramai peruncit menyokong penuh usaha untuk menubuhkan persatuan bebas, iaitu sebuah entiti berasingan daripada Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) bagi melindungi kepentingan dan masa depan peruncit IT.
Apple Store, Fifth Avenue
Apple Store, Fifth Avenue (Photo credit: atmtx)

Kewujudan persatuan itu diharap mampu menangani pelbagai cabaran yang dihadapi peruncit IT, bahkan membangunkan eko-sistem peruncitan IT yang mampan melalui sistem pasaran yang saksama di Malaysia. Idea yang menerima sokongan padu daripada lebih 100 peruncit IT yang melihat kepentingan pembentukan badan bebas tersebut. Selain itu, setakat ini 13 peruncit IT dari seluruh negara telah menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa kerja bagi melancarkan pentadbiran persatuan baharu itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...