Memaparkan catatan dengan label Windows 8. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Windows 8. Papar semua catatan

22 Februari 2006

Sumber Terbuka: Peralatan daya saing terbaru firma

Logo Open Source Initiative
Logo Open Source Initiative (Photo credit: Wikipedia)
Beberapa tahun sebelum ini, perkataan sumber terbuka atau langkah syarikat mendedahkan kod sumber yang menjadi teras kepada pembangunan perisian mereka dianggap amat asing dan berbahaya kepada daya saing serta kelangsungan perniagaan mereka. Namun, pandangan dan persepsi itu berubah apabila semakin banyak syarikat kini sedia berkongsi kod sumber mereka dengan orang ramai, lantas menggalakkan lagi penggunaan sumber terbuka sebagai satu cara meningkatkan lagi daya saing masing-masing. Kod sumber terbuka adalah langkah maju ke depan untuk bersaing dengan syarikat perisian komersial yang menguasai sebahagian besar pasaran industri perisian dunia. Microsoft Corp. (Microsoft) juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan perubahan pesat industri perisian terutama sumber, ia kini akan memasukkan ciri sumber terbuka dalam setiap perisiannya manakala syarikat perisian lain, misalnya, Integrated Computer Solutions, akan memastikan perisian aplikasi yang dibangunkannya memiliki ciri sumber terbuka. Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan pandangan berkenaan, Presiden VMVMware yang menghadapi persaingan sengit syarikat perisian sumber terbuka berpandangan, perisian komersial masih lagi penting selagi syarikat yang menghasilkannya sentiasa terus melakukan inovasi serta mendahului pesaingnya.

Enhanced by Zemanta

11 Februari 2006

Windows XP dilanda kelemahan besar

Microsoft telah memberi amaran mengenai kelemahan besar dalam sistem operasi terkininya Windows XP yang membolehkan penggodam komputer (hacker) mengakses dan mengambil alih komputer pengguna. Syarikat itu menggesa pengguna XP supaya memindah terima fail pembetulan (patch) dari tapak webnya. Microsoft telah menyediakan pembetulan 'kritikal' berikutan kelemahan keselamatan dalan Windows XP dan versi-versi Windows lain seperti Windows, termasuk Windows 98, 98 SE atau ME yang telah mengaktifkan perkhidmatan Universal Plug and Play bagi membolehkan pemasangan pembetulan itu dengan segera. Kelemahan keselamatan itu berpunca daripada kelemahan lain yang mendedahkan komputer pengguna kepada serangan penggodam ketika mengakses Internet, yang boleh mengambil alih sepenuhnya PC terbabit.

Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...