Memaparkan catatan dengan label China. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label China. Papar semua catatan

20 September 2012

Intel Pentingkan Kualiti Pekerja

Intel Corporation at Kulim
Intel Corporation at Kulim (Photo credit: Wikipedia)
Intel akan terus melabur di Malaysia, terutama dalam pengambilan pekerja berkemahiran tinggi bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar cip terbesar dunia. Menurut Intel, persaingan global yang sengit memerlukan pekerja berkualiti dan berkemahiran tinggi. Mereka tidak mementingkan kuantiti berbanding kualiti pekerja. Intel Malaysia telah bertapak sejak 1972 dan merupakan pengeluar cip terbesar di luar Amerika Syarikat dengan jumlah pelaburan lebih RM12 bilion. Setakat ini, mereka mempunyai 3 kilang pengeluaran di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang dengan lebih kurang 3000 juruteknik dan 6000 pekerja lain. Insentif yang ditawarkan kerajaan sangat kompetitif dan mampu menarik syarikat antarabangsa datang melabur. Justeru, Intel juga berharap kerajaan dapat terus meningkatkan kemudahan infrastuktur dan tahap pendidikan atau kurikulum supaya graduan universiti dapat bersaing bukan saja dalam negara tetapi di peringkat global. Tahun 2012 Intel menyambut ulang tahun ke-40 di Malaysia.

- BH

11 Februari 2006

Windows XP berbahasa tempatan

Windows XP introduced a new interface, along w...
Windows XP introduced a new interface, along with many other new features. This screenshot shows Windows XP Professional. (Photo credit: Wikipedia)
Gergasi perisian terkemuka, Microsoft Corp. telah memperkenalkan buat pertama kalinya di dunia Windows XP Starter Edition dengan antara muka 4 bahasa utama iaitu bahasa Melayu, China, India, dan Inggeris di pasaran Malaysia. Versi bahasa Melayu sudah diperkenalkan sebelum ini sebagai alternatif kepada bahasa Inggeris iaitu pada bulan Februari 2005. Kali ini ia dimantapkan lagi dengan tambahan dua bahasa utama tempatan untuk pasaran yang menyeluruh.Pengenalan itu akan meningkatkan lagi pencapaian masyarakat Malaysia terhadap teknologi kerana mereka kini boleh memilih kaedah penggunaan sistem operasi yang lebih mudah dan murah dalam bahasa tempatan. Windows XP Starter Edition pelbagai bahasa ini membuktikan komitmen Microsoft untuk menjadikan teknologi yang dibangunkan mudah dicapai dan mampu dimiliki, terutamanya bagi pengguna yang baru hendak berjinak dengan dunia pengkomputeran. Versi 4 bahasa itu juga mengandungi beberapa pengemaskinian produk tambahan untuk menyokong rakan kongsinya di Malaysia. Ia dijangka memasuki pasaran pada setengah tahun pertama 2006 menerusi pengeluar komponen peribadi berperalatan asli (OEM) dan pengedar Microsoft OEM.

Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...