Syarikat media internet terbesar dunia,
Yahoo! Inc (
Yahoo!) akan bekerjasama dengan pengeluar kedua terbesar telefon selular dunia,
Motorola Inc (
Motorola) untuk memasukkan perkhidmatan Yahoo! ke dalam telefon Motorola. Perjanjian itu untuk telefon baru pertengahan dan berkeupayaan tinggi Motorola yang akan menggunakan perkhidmatan berintegrasi Yahoo! dikenali sebagai
Yahoo! Go For Mobile. Ia merangkumi Yahoo! e-mel, carian dan buku alamat.

Bagaimanapun, model Motorola yang akan digunakan untuk perkhidmatan itu tidak dinyatakan. Perjanjian Yahoo! dengan Motorola adalah perjanjian kedua membabitkan pengeluar telefon bimbit yang menggunakan platform Yahoo! Go, satu sistem perisian yang diperkenalkan awal tahun ini untuk menjadikan perkhidmatan Yahoo! mudah digunakan pada telefon bimbit. Pada
Januari lalu, Yahoo! mengumumkan perjanjian dengan pengeluar terbesar telefon bimbit dunia,
Nokia untuk menggunakan
Yahoo! Go pada telefon bimbitnya. Perjanjian Yahoo!-Nokia merangkumi beberapa telefon pertengahan dan pengguna tinggi dalam
Nokia Siri 60 dan kelas
N telefon multimedia.
Antara lima dan 10 model Nokia berkenaan sudah dijual di beberapa pasaran
Eropah dan
Asia.
Dalam perjanjian terbaru, Motorola akan muka menyediakan perkhidmatan Yahoo! Go For Mobile pada telefon bimbit yang dijual di seluruh dunia bermula separuh pertama
2007. Kerjasama antara syarikat
Internet & pengeluar perkakasan berjanji untuk memberi kepada pengguna capaian pantas ke maklumat Internet berbanding kaedah penggunaan telefon biasa. Model telefon selular masa kini memerlukan pengguna untuk membuat beberapa klik dan menunggu seketika sebelum telefon itu dihubungkan ke Internet. Pesaing Yahoo!,
Google juga sedang berusaha untuk menguasai kedudukan seperti itu pada perkhidmatan webnya melalui perjanjian dengan pembuat telefon bimbit dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi mudah alih.