
3 syarikat automotif utama dunia,
Mazda,
General Motors &
Ford Motor Company bekerjasama dengan
Apple Computer bagi menghasilkan
iPod yang mudah digunakan dalam kereta dan trak. Semua model kenderaan yang akan dikeluarkan anak syarikat Ford,
Mazda Motors Corp pada tahun depan akan membolehkan penumpang menyambung iPod kepada radio kenderaan dengan lebih mudah. Pemain iPod yang bersesuaian juga akan ditawarkan dalam kebanyakan model kereta
2007 & trak Ford serta General Motors bagi jualan di
Amerika Syarikat (
AS) pada penghujung tahun ini. Kini lebih 70% model kenderaan AS bagi 2007 akan ditawarkan dengan kemudahan integrasi iPod, yang mana General Motors saja akan menyediakannya pada semua 56 modelnya, mewakili berjuta kereta dan trak. Tempat simpanan barang kecil di depan kereta diubah suai bagi membolehkan iPod dipasang kepada sistem audio kenderaan. Kawalan radio dalam kereta atau trak juga disesuaikan supaya dapat memilih dan memainkan lagu daripada iPod, dengan bateri akan dicas semasa pemanduan.