20 September 2012

Intel Pentingkan Kualiti Pekerja

Intel Corporation at Kulim
Intel Corporation at Kulim (Photo credit: Wikipedia)
Intel akan terus melabur di Malaysia, terutama dalam pengambilan pekerja berkemahiran tinggi bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar cip terbesar dunia. Menurut Intel, persaingan global yang sengit memerlukan pekerja berkualiti dan berkemahiran tinggi. Mereka tidak mementingkan kuantiti berbanding kualiti pekerja. Intel Malaysia telah bertapak sejak 1972 dan merupakan pengeluar cip terbesar di luar Amerika Syarikat dengan jumlah pelaburan lebih RM12 bilion. Setakat ini, mereka mempunyai 3 kilang pengeluaran di Kulim, Kedah dan Pulau Pinang dengan lebih kurang 3000 juruteknik dan 6000 pekerja lain. Insentif yang ditawarkan kerajaan sangat kompetitif dan mampu menarik syarikat antarabangsa datang melabur. Justeru, Intel juga berharap kerajaan dapat terus meningkatkan kemudahan infrastuktur dan tahap pendidikan atau kurikulum supaya graduan universiti dapat bersaing bukan saja dalam negara tetapi di peringkat global. Tahun 2012 Intel menyambut ulang tahun ke-40 di Malaysia.

- BH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...