HTML5 oval logo, see W3C HTML5 logo) Français : Logo HTML5 Nederlands: HTML5 ovaal logo 中文(简体)‬: HTML5标志 中文(繁體)‬: HTML5標識 (Photo credit: Wikipedia) |
HTML5 merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan sejak tahun 2011. Namun, sehingga kini, perkara penuh yang dibawakan oleh HTML5 belum diumumkan sepenuhnya, dan kini W3C (World Widde Web Consortium) berhasrat untuk menyelesaikannya sepenuhnya menjelang tahun 2014 kelak.
Pihak W3C juga turut merancang untuk membuat pelan perancangan akhir untuk HTML5 sebelum penghujung tahun ini, seterusnya menjadikan pelbagai kod menjadi stabil dan standard menjelang 2014 kelak.
Menurut mereka juga, sekiranya sesuatu perkara tidak stabil, ia akan dibuang, dan disertakan untuk versi draft HTML5.1, yang dijangka akan diselesaikan sepenuhnya pada tahun 2016 kelak. Bagi para pembangun web yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, mungkin boleh merujuk kepada laman rasmi W3C, dan melihat sendiri perkembangan HTML5 yang telah berlaku sehingga kini.
- A