Awas pengguna-pengguna komputer peribadi! Pakar keselamatan telah memberikan amaran kepada pengguna komputer peribadi supaya berhati-hati mengenai virus yang berpura-pura sebagai mesej
Hari Kekasih yang boleh merosakkan komputer. Pengguna komputer perlu lebih berwaspada terhadap sebarang mesej romantik yang diterima menerusi
e-mel sebegini yang kebanyakannya berniat jahat seperti cecacing yang digelar
Nurech.A.
Mel yang mengandungi cecacing tersebut antaranya berbunyi: "
Together You and I" (Kita sentiasa bersama) & "
Til the End of Time Heart of Mine" (Kau dihatiku hingga ke akhirnya). Penerima yang membuka fail yang disertakan seperti
postcard.exe akan menyebabkan virus itu menyerang komputer. Firma keselamatan
Symantec pula telah mendakwa mereka berjaya mengesan
spam berskala besar dalam e-mel termasuk
kuda Trojan, satu program yang mengandungi
virus atau program jahat.
Malware adalah versi baharu Trojan,
Peacomm atau
Storm Trojan. Dengan Hari Kekasih semakin dekat, inilah masanya penceroboh cuba menarik hati pengguna yang tidak menyangka apa-apa dengan subjek romantik seperti '
My Heart belongs to you'. Trojan adalah sama seperti yang kita lihat sebelum ini, perbezaannya cuma penulis menggunakan
packer yang diubahsuai dalam usaha mengelakkan ia dikesan oleh vendor
antvirus. Pengguna dinasihatkan supaya tidak membuka sebarang e-mel mencurigakan tidak kira isi kandungannya.