Bagi meningkatkan infrastruktur jalur lebar (
broadband) di negara ini,
TM Penyelidikan & Pembangunan Sdn. Bhd. (
TMRND) telah menandatangani memorandum persefahaman (
MoU) dan
Perjanjian Pelesenan Teknologi dengan sebuah penyelesaian rangkaian,
Velchip. Dengan MoU berkenaan, TMRND & Velchip akan bersama-sama membangunkan produk
Broadband Powerline (
BPL) yang akan memudahkan penyampaian data kelajuan tinggi menerusi tenaga elektrik ke rumah & perniagaan di seluruh negara.

Kedua-dua syarikat teruja dengan proses produk BPL & pembangunan teknologi jalur lebar yang akan membuka era baharu bukan saja kepada syarikat telekomunikasi tetapi juga perniagaan & pengguna. Kini jalur lebar telah menjadi kunci utama perkhidmatan bagi rangkaian talian tetap & mudah alih. TMRND yakin kerjasama dengan Velchip, pihaknya akan menghasilkan produk BPL yang mencipta kapasiti bagi rangkaian operator bagi menghantar aplikasi lebar jalur (
wideband) seperti persidangan video (
video conferencing), aliran audio & video (
streaming), permainan interaktif, perkhidmatan suara masa sebenar yang membawa
Triple Play menjadi realiti. Malah, pihaknya bercadang menawarkan perkhidmatan berkenaan kepada 6 juta kediaman di seluruh negara. Velchip juga mendapat hak bagi mengilang, memasarkan & mengedar produk BPL yang dibangunkan di bawah terma Perjanjian Perlesenan Teknologi. Selain
Malaysia, syarikat berkenaan juga bercadang memasarkan produknya ke
China,
India &
Timur Tengah yang menawarkan potensi lebih besar. Syarikat velchip percaya perkongsian dapat mengukuhkan kekuatan syarikat berkenaan bagi membentuk satu piawaian bagi produk untuk kemudahan penggunaan, fungsi & mampu dibeli bagi permintaan pasaran kini.
Kerjasama dengan TMRND akan memberikan sinergi bagi menjelajah & meningkatkan inovasi jalur lebar sehingga ke hadnya. Velchip telah menyediakan platform BPL yang eksklusif pada
1998 & telah menggunakannya sebagai asas bagi meningkatkan skim rangkaian
Wide Area Network (
WAN) &
Local Area Network (
LAN). Velchip juga bercadang untuk menggunakan adapter
'homeplug' 224 Mbps supaya ia boleh menjadi tawaran bersama. Modem talian kuasa saiz tapak tangan hanya memerlukan pengguna menggunakan mana-mana plug di dinding & membolehkannya bersambung dengan kabel
Ethernet atau terus kepada
Wi-Fi. Ini akan memberikan pengguna akses serta merta kepada perkhidmatan Triple Play dengan suara, data & video yang disediakan dalam sambungan tunggal. MoU berkenaan berlangsung selama 5 tahun & akan diperbaharui secara automatik bergantung kepada keadaan & perjanjian.