Trend Micro Inc, peneraju dalam sistem keselamatan isi kandungan
Internet &
antivirus telah mengumumkan satu ujian
anti spam dengan menggunakan enjin bersepadu
Trend Micro Email Reputation. Ujian itu adalah bagi menghalang sebarang bentuk godaman inbox e-mel pengguna yang disebabkan serangan
spam, sekaligus meningkatkan produktiviti pengguna daripada menjadi mangsa ancaman
malware &
phishing. Ujian yang dinamakan 'Trend Micro Email Reputaion' itu dijangka membuka ruang kepada pengguna mengatasi masalah ancaman spam pada masa depan kerana ia menyediakan penyelesaian terhadap serangan spam. Ia mengguna pakai salah satu reputasi pangkalan data yang mempunyai maklumat kira-kira 1.6 bilion
IP pengguna dan perkhidmatan dinamik yang mampu mengenalpasti punca spam dalam masa sebenar, sekaligus mampu menghentikannya apabila ia muncul kali pertama.