- Identiti unik yang menggunakan gelombang radio.
- Konsep menyerupai kod bar (barcode).
- Menggunakan gelombang sedangkan kod bar menggunakan cahaya.
- Terbahagi kepada dua iaitu RFID aktif (penggunaan bateri pada tranponder) dan pasif (tanpa bateri).
- RFID mempunyai beberapa kelebihan berbanding kod bar iaitu data boleh dikemaskinikan bila-bila masa.
- Selain itu RFID masih boleh berfungsi walaupun adanya halangan (untuk bacaan) tetapi sebaliknya bagi kod bar.
.jpg)
Kelebihan/keistimewaan
- Terminal komputer boleh menerima maklumat kod dari transponder dari jarak 10 ~ 30 meter walaupun ada halangan bangunan atau batu konkrit.
- Mudah digunakan di mana-mana tanpa terikat dengan wayar.
- Penghantaran maklumat adalah secara masa-nyata.
- Pembaca RFID tanpa wayar ini merupakan peranti yang mudah-alih maka ia sesuai digunakan bagi kawasan luar bangunan.
- Pengguna hanya perlu membawa pembaca RFID tanpa wayar ini untuk membaca maklumat dari transponder tanpa perlu membawa terminal komputer bersama-sama di lokasi pembacaan.
- Pengumpulan maklumat daripada transponder dapat dipercepatkan kerana liputan yang luas di antara pembaca RFID dan terminal komputer.
- Kos pembinaannya yang sangat murah.