07 Mei 2006

Visa International kesan 20 laman web palsu

Visa International (Visa) berjaya membongkar dan menutup 20 laman web palsu bagi menghapuskan ancaman kepada pemegang kad kreditnya. Visa giat mengesan perbuatan mencuri data secara elektronik melalui pemantauan 24 jam sehari bagi mengenalpasti komplot mencuri data & bentuk penipuan pembaytaran yang lain terhadap jenama Visa dan bank anggota dengan kerjasama syarikat perlindungan aset digital, NameProtect. Pada masa yang sama Visa Asia Pasifik mengingatkan pemegang kadnya supaya berwaspada terhadap kegiatan 'phising' / penipuan e-mel dan tidak menghiraukannya mahupun mengakses laman web yang dinyatakan dalam e-mel terbabit. Aktiviti 'phising' adalah kegiatan mencipta mesej e-mel & laman web yang menyerupai laman sah jenama dan perniagaan terkenal sedia ada untuk memerangkap pengguna supaya mendedahkan maklumat kewangan peribadi seperti nombor akaun bank atau kad, nombor pin ATM (Automatic Teller Machine) atau alat pengenalan peribadi yang lain. Data yang dicuri melalui kegiatan 'phising' yang berjaya itu kemudiannya digunakan untuk melakukan penipuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...