23 Oktober 2012

UTM Perkenal Perisian IMBAS ARQIS

Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia (Photo credit: Wikipedia)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperkenalkan perisian Imbas Sistem Maklumat Pengenalan Akademik Kod Bertindak Cepat (IMBAS ARQIS) yang pertama di dunia bagi mengelakkan ijazah yang dikeluarkannya, dipalsukan. Perisian menggunakan kod bertindak cepat (QR) itu juga lebih murah, mudah digunakan dan dapat mengesan sebarang penipuan segera, berbanding sistem hologram atau ciri keselamatan lain.

Dengan IMBAS ARQIS, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR menggunakan perisian khas bagi membolehkan maklumat sebenar pemilik ijazah sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dipaparkan untuk membuktikan dokumen berkenaan adalah sah. IMBAS ARQIS yang dibangunkan dengan kos RM100,000, dicetak pada sijil graduan dan mula digunakan pada Konvokesyen UTM Ke-49 yang sedang berlangsung membabitkan 5,304 graduan.

Perisian yang dibangunkan sendiri pensyarah UTM menjadikan kami IPT pertama di Malaysia dan dunia menggunakan sistem ini. Beberapa IPT awam dan swasta lain dalam negara ini juga akan menggunakannya selepas ini. Sistem ini boleh dimuat turun percuma di laman web UTM, katanya pada sidang media, semalam. Pencipta perisian yang juga pensyarah kanan Fakulti Alam Bina UTM, Dr Muhammad Zaly Shah, berkata maklumat dipaparkan kod QR, diperoleh dari pangkalan data UTM yang menyimpan semua data mengenai graduan universiti terbabit.

- BHO

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I think the admin of this web site is truly working hard in favor of his site, for
the reason that here every material is quality based data.


Feel free to visit my website - Social Bookmarking service

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...