14 Mei 2006

TROJ_DELF.HA serang sistem tanpa wayar

1 program malware telah dikesan yang dikenali sebagai TROJ_DELF.HA yang berupaya menceroboh sistem tanpa wayar. Apabila dibuka, trojan itu akan mencari sambungan internet sebelum mengakses senarai laman web sistem rangkaian mudah alih Russia. Kemunculan Cabir tidak lama dahulu menandakan pembabitan teknologi malware ke dalam dunia peralatan telefon bimbit. Pencerobohan ke dalam sektor tanpa wayar semakin pesat & sudah dijangka. Terdapat 3 cara mencegah virus telefon bimbit iaitu dengan memastikan pengguna mempunyai produk antivirus seperti PC-cillin. Selain itu, penerimaan WiFi / Bluetooth / infra merah (IR) melalui udara harus diterima melalui sumber diketahui & mengelak melayari / memuat turun fail yang tidak diketahui sumbernya.

Berita Dunia IT

60 bilion e-mel sehari
Pengguna internet di seluruh dunia menghantar kira-kira 60 bilion e-mel sehari, kebanyakannya adalah spam atau cubaan seumpamanya. Ketua Eksekutif Deutsche Telekom Kai-Uwe Ricke berkata, penjenayah siber juga kini lebih aktif dan sofistikated & menggesa semua pengguna supaya lebih berhati-hati. - AP

Bantah Google jadi Guge
Perkataan Gougou, Gugu, Gege, Goule, & Guge mencetuskan perdebatan hangat di China berikutan langkah syarikat online Amerika Syarikat, Google, menggunakan nama Mandarin untuk alamat webnya yang juga kontroversi terbaru firma itu sejak melancarkannya awal tahun ini. The Guardian telah melaporkan, pengusaha enjin carian web terbesar dunia menjadi sasaran kecaman kerana memilih nama yang dianggap pengkritik sebagai janggal, mengarut & biadap. Reaksi itu diterima 2 minggu selepas Google memaklumkan ia akan dipanggil Guge kerana ia memberi kesan baik & pengalaman carian produktif. - Agensi

Pendidikan Intel
Intel Corp. (Intel), berkata ia bercadang memperuntukkan AS$1 bilion untuk menggalakkan penggunaan Internet & latihan komputer di negara sedang membangun. Program itu yang dinamakannya 'Dunia Masa Depan' mensasarkan menyediakan capaian Internet tanpa wayar berkelajuan tinggi kepada 1 bilion penduduk dan melatih 10 juta guru menggunakan teknologi maklumat & komunikasi dalam bidang pendidikan. Syarikat itu berkata, peruntukan berkenaan akan dibelanjakan dalam tempoh 5 tahun. - Reuters

Microsoft umum teknologi baharu

Pengerusi Microsoft Corp. Bill Gates, mengumumkan beliau sedang membangunkan perisian 'pembaca pada skrin' yang membolehkan pembacaan berita secara digital sama seperti menyelak halaman akhbar konvensional. Ia adalah langkah wajar yang diumumkan pada mesyuarat tahunan persatuan pengarang akhbar, yang banyak membincangkan bagaimana untuk menarik orang ramai kembali melanggan surat khabar. Gates mengiringi Arthur Sulzberger, Jr. pengerusi New York Times Co ke pentas untuk menerangkan perincian perkhidmatan yang dijangka diperkenalkan Microsoft & Times awal tahun depan. - Agensi

07 Mei 2006

Visa International kesan 20 laman web palsu

Visa International (Visa) berjaya membongkar dan menutup 20 laman web palsu bagi menghapuskan ancaman kepada pemegang kad kreditnya. Visa giat mengesan perbuatan mencuri data secara elektronik melalui pemantauan 24 jam sehari bagi mengenalpasti komplot mencuri data & bentuk penipuan pembaytaran yang lain terhadap jenama Visa dan bank anggota dengan kerjasama syarikat perlindungan aset digital, NameProtect. Pada masa yang sama Visa Asia Pasifik mengingatkan pemegang kadnya supaya berwaspada terhadap kegiatan 'phising' / penipuan e-mel dan tidak menghiraukannya mahupun mengakses laman web yang dinyatakan dalam e-mel terbabit. Aktiviti 'phising' adalah kegiatan mencipta mesej e-mel & laman web yang menyerupai laman sah jenama dan perniagaan terkenal sedia ada untuk memerangkap pengguna supaya mendedahkan maklumat kewangan peribadi seperti nombor akaun bank atau kad, nombor pin ATM (Automatic Teller Machine) atau alat pengenalan peribadi yang lain. Data yang dicuri melalui kegiatan 'phising' yang berjaya itu kemudiannya digunakan untuk melakukan penipuan.

06 Mei 2006

VoIP akan menjadi mangsa serangan penggodam

Penceroboh sistem komputer (hackers) akan bertindak menyerang perbualan telefon suara melalui Protokol Internet (VoIP) dengan spam & kod berbahaya dalam tempoh kurang 2 tahun lagi. Syarikat yang menggunakan perkhidmatan VoIP dan multimedia lain seperti persidangan video seharusnya membuat perancangan untuk melindungi bahan yang tidak diperlukan muncul ketika sedang melakukan proses komunikasi. Ia mungkin akan berlaku ketika seseorang itu sedang menonton 1 bahan video pada skrin & secara tiba-tiba rancangan itu 'diculik' dan pengguna dihidangkan dengan bahan iklan. Adalah dijangkakan dalam tempoh kurang 1 atau 2 tahun akan datang perkara ini akan berlaku apabila penggunaannya semakin meningkat. Ketika ini adalah masa terbaik untuk meletakkan perlindungan memandangkan penggunaan VoIP akan semakin meningkat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...