21 Mac 2006

Penggodam tulis Spyware untuk duit

Lebih 70% daripada penulisvirus menulis spyware mengikut kontrak dan hal ini membuktikanpencerobohan sistem komputer mula berubah daripada khianat kepada jenayah menghasilkan duit.Spyware adalah yang paling disukai dikalangan penulis malware kerana membolehkan merekamenggunakan teknologi sendiri dan menjualnya. Berdasarkan analisa virus awal tahun lepas, terdapat 70% komponen dan modul spyware. Sejumlah besar spyware dihasilkan oleh penceroboh sistem komputer dan dihubungkan ke organisasi jenayah. Mereka melakukan demikian untuk mendapatkan duit secara mudah dan kini lebih kepada pertubuhan jenayah terancang.

Sejarah Weblog / Blog

Jorn Barger, is an American blogger, best know...
Jorn Barger, is an American blogger, best known today as editor of Robot Wisdom, an influential early weblog. (Photo credit: Wikipedia)
Jorn Barger dikatakan sebagai individu yang menjadi pengasas kepada trend penulisan blog yang begitu popular masa kini. Beliau mula menulis komen pendek berserta capaian berkaitan dengan topik terbabit dalam laman webnya iaitu Robot Wisdom pada 17 Disember 1997 yang seterusnya mencetuskan idea mengenai blog atau pada awalnya dikenali sebagai weblog. Komennnya mengenai isu politik pernah menimbulkan kontroversi apabila ia membabitkan sejarah Judaisme, polisi Israel dan konflik Arab-Israel.Ada antara pelawat laman forum yang dikendalikan Barger menuduh beliau anti-Zionisme dan anti-Semitisme.

Pada Disember 2003, satu spekulasi mengenai kehilangan Barger dibuat beberapa orang blogger selepas beliau tidak online untuk satu tempoh masa yang lama. Dua tahun selepas itu, iaitu pada Februari 2005, weblog Robot Wisdom kembali aktif walaupun persoalan ke mana Barger 'menghilangkan' diri tidak berjawab. Robot Wisdom yang dibangunkan anak kelahiran Ohio, Amerika Syarikat ini mengandungi senarai tajuk utama mengenai isu yang merangkumi apa saja hal yang berlaku di dunia hari ini bersama capaian ke laman asal yang memaparkan isu berkenaan.
Enhanced by Zemanta

20 Mac 2006

Permainan video bentuk remaja ganas

Video games, chor bazaar, mumbai
Video games, chor bazaar, mumbai (Photo credit: Wikipedia)
Kajian terkini terhadap keganasan yang dihasilkan melalui permainan video mendapati kanak-kanak yang terlalu lama bermain permainan itu menjadi lebih agresif, berkelahi dengan abang mereka dan ketinggalan dalam persekolahan. Mengikut kajian daripada Universiti Saint Leo, Florida mendapati pemain muda mudah terpengaruh dengan aktiviti dalam permainan berkenaan dan melaksanakan pergerakan berkenaan selepas bermain permainan berkenaan. Satu kajian mendapati pemain yang bermain selama 10 minit dikesan bertindak agresif berbeza daripada watak asal sebaik sahaja menekan butang off pada konsol permainan. Kajian lain terhadap lebih 600 pelajar berusia antara 13 dan 14 tahun, guru mendapati mereka yang bermain permainan ganas lebih agresif seperti bertelagah dengan pihak berkuasa selain cenderung berkelahi di antara mereka. Penyelidik juga mendapati remaja lelaki lebih cenderung membuang masa di depan konsol permainan berbanding perempuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...