14 Mei 2006

Berita Dunia IT

60 bilion e-mel sehari
Pengguna internet di seluruh dunia menghantar kira-kira 60 bilion e-mel sehari, kebanyakannya adalah spam atau cubaan seumpamanya. Ketua Eksekutif Deutsche Telekom Kai-Uwe Ricke berkata, penjenayah siber juga kini lebih aktif dan sofistikated & menggesa semua pengguna supaya lebih berhati-hati. - AP

Bantah Google jadi Guge
Perkataan Gougou, Gugu, Gege, Goule, & Guge mencetuskan perdebatan hangat di China berikutan langkah syarikat online Amerika Syarikat, Google, menggunakan nama Mandarin untuk alamat webnya yang juga kontroversi terbaru firma itu sejak melancarkannya awal tahun ini. The Guardian telah melaporkan, pengusaha enjin carian web terbesar dunia menjadi sasaran kecaman kerana memilih nama yang dianggap pengkritik sebagai janggal, mengarut & biadap. Reaksi itu diterima 2 minggu selepas Google memaklumkan ia akan dipanggil Guge kerana ia memberi kesan baik & pengalaman carian produktif. - Agensi

Pendidikan Intel
Intel Corp. (Intel), berkata ia bercadang memperuntukkan AS$1 bilion untuk menggalakkan penggunaan Internet & latihan komputer di negara sedang membangun. Program itu yang dinamakannya 'Dunia Masa Depan' mensasarkan menyediakan capaian Internet tanpa wayar berkelajuan tinggi kepada 1 bilion penduduk dan melatih 10 juta guru menggunakan teknologi maklumat & komunikasi dalam bidang pendidikan. Syarikat itu berkata, peruntukan berkenaan akan dibelanjakan dalam tempoh 5 tahun. - Reuters

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

so nice...i like it..
bucause ada org macam ko...
good..about IT nie..
klu leh lagi bayk lagi bagus..
nnti kite boleh tahu lebih mendalam about IT..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...