28 April 2006

Windows XP pelbagai bahasa

Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd. (Microsoft), anak syarikat Microsoft Corporation, akan memperkenalkan Windows XP Starter Edition (XPSE) pelbagai bahasa menjelang Jun tahun 2006. Windows XPSE akan muncul dengan 4 bahasa, iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, dan Tamil. Edisi Bahasa Malaysia diperkenalkan tahun lalu. Edisi baru sistem kendalian Microsoft akan menampilkan lebih 20 penambahbaikan sistem, antaranya ialah kenaikan taraf daripada antara muka satu bahasa kepada antara muka pelbagai bahasa. Hal ini akan membolehkan pengguna komputer peribadi (PC) memilih untuk menggunakan salah satu daripada bahasa itu. Kemunculan Windows XPSE dalam bahasa tempatan akan menjadi pendorong utama dalam usaha menggalakkan masyarakat Malaysia meneroka teknologi, seterusnya mempertingkatkan keupayaan individu dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Windows XPSE baru ini akan juga dipasarkan dengan buku panduan permulaan yang mengandungi 13 bab tutorial video untuk membantu mereka yang baru mula menggunakan sistem ini dan fail "My Support Help" yang menyediakan bantuan grafik serta rancangan pembelajaran bagi pengguna. Sementara itu, bagi pelanggan yang membeli Windows XPSE versi Bahasa Malaysia boleh menaik taraf sistem mereka kepada versi baru secara percuma. Microsoft sedang bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi tempatan untuk mengeluarkan PC khusus pada harga RM1,288 yang dilengkapi Windows XPSE dengan pilihan 2 permainan pendidikan Disney, Microsoft Encarta dan Microsoft Works 8.0 .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...