06 April 2006

TIME Net sedia ciri 'Safe Internet-ing'

TIME Net memperkenalkan laman kesedaran atas talian (online) pada gerbang TIME Net Central dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan penggunanya terhadap ancaman jenayah siber dan pornografi atas talian (online). Laman bertajuk 'Safe Internet-ing' itu memaparkan ciri maklumat mengenai penyalahgunaan dan pencegahan penggunaan internet seperti pornografi atas talian (online), pencerobohan sistem komputer dan mencuri pengenalan diri. Laman berkenaan boleh didapati di http://special.time.net.my/cybercrime/index/cfm/ . Pengguna tidak seharusnya pejam mata mengenai adanya pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan internet. TIME Net berusaha mewujudkan tahap kesedaran di kalangan rakyat negara ini terhadap aktiviti negatif berkenaan. Melalui usaha ini, masyarakat khususnya keluarga yang mempunyai anak remaja, sedar mengenai potensi ancaman internet terhadap anak dan diri mereka sendiri. Laman kesedaran itu yang menjadi ciri tetap TIME Net Central turut memaparkan senarai pautan rujukan berkaitan termasuk peralatan tapisan terkini yang ada di pasaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...