28 April 2006

Spam kini mampu serang blog, Google

Serangan spam kini tidak lagi terbatas kepada e-mel atau telefon selular malah ia kini sudah mula merebak kepada jurnal elektronik (blog). Google baru-baru ini diserang spam bagi peralatan penciptaan blog, iaitu Blogger dan penyedia perkhidmatan BlogSpot milik syarikat berkenaan. Serangan spam itu menyebabkan pembaca RSS menjadi penuh dan melimpah melebihi apa yang mampu ditampung in-box dan menyebabkan ia menimbulkan gangguan enjin carian yang memberi kedudukan kepada carian yang diminta pengguna. Pakar keselamatan berpendapat berdasarkan skop serangan dan proses automasi yang sofistikated agak sukar bagi Google dan blog lain menghalangnya. Penyerang itu yang lebih dikenali sebagai Splogger menggunakan peralatan automatik untuk memanipulasikan perkhidmatan Blogger-BlogSpot hingga menyebabkan beribu-ribu blog palsu yang dirangkaikan kepada laman web tertentu seperti gadaian rumah dan tembakau hingga menyebabkan peningkatan data secara mendadak dan dapat menipu enjin carian yang mencari data seperti yang dikehendaki pengguna. laman web palsu itu juga menggerakkan RSS (Really Simple Syndication) yang memberikan pemberitahuan e-mel dan melimpahi RSS serta in-box. Tidak seperti program e-mel, perkhidmatan blogging tidak memiliki kemampuan untuk mengesan dan menapis keluar spam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...