28 April 2006

Sdbot virus aktif atasi Kamasutra

Skrip FTP yang dikaitkan dengan keluarga Sdbot adalah kod berbahaya yang paling banyak dikesan bulan Mac 2006 walaupun secara umumnya didapati ada banyak serangan siber berlaku pada tempoh itu. Pada keseluruhannya, 9 daripada 10 virus dikesan bulan tersebut masih kekal pada kedudukan masing-masing sejak Februari lalu. Ancaman kedua paling kerap dikesan sepanjang tempoh tersebut ialah cecacing Netsky.P yang menggunakan e-mel & program perkongsian fail untuk merebak dan akan mengeksploitasikan dalam previu Outlook yang tidak dikemaskinikan. Walaupun dikesan sejak 2 tahun lalu, ia dianggap sebagai antara ancaman paling hebat. Selain itu, virus Exploit/Metafile mudah menyerang fail pemprosesan WMF dalam Windows. Sejak ia muncul, virus ini menguasai secara menyeluruh semua jenis laman web yang menghoskan malware akibat banyak komputer tidak dikemaskinikan. termasuk dalam senarai ancaman ialah seperti Tearec.A (CME-24) yang juga dikenali dengan Kamasutra dan bertanggungjawab kepada amaran berbahaya akibat aktif pada 3 hari bulan setiap bulan. Bagaimanapun, ada kemunculan baru dalam senarai bulan Mac, iaitu Trojan Lowzones.QF, sejenis malware yang berupaya menahan screenshots atau mencuri data daripada komputer yang dikuasainya. Senarai malware yang dikesan sepanjang bulan tersebut ialah W32/Sdbot.ftp (1.95%); W32/Netsky.P.worm (1.09%); Exploit/Metafile (0.94%); W32/Tearec.A.worm!CME-24 (0.63%); W32/Sober.AH.worm!CME-681 (0.57%); W32/Alcan.A.worm (0.54%); Trj/Qhost.gen (0.54%); W32/Gaobot.gen.worm (0.52%); W32/Parite.B (0.51%) dan Trj/Lowzones.QF (0.47%).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...