28 April 2006

China ungguli kegiatan spam di Asia

China menjadi negara utama di Asia dalam kegiatan spam, mengatasi Korea Selatan bagi tempoh akhir suku tahun lalu (Oktober hingga Disember) dengan mencatat 22.3% daripada keseluruhan spam yang dipantau SophosLabs. Mengikut senarai 'Dirty Dozen' SophosLabs, spam daripada China meningkat 150.6% dalam tempoh kurang 2 tahun. Dalam senarai itu, spam daripada Korea Selatan mencatat penurunan 9.7%, meletakkannya di tempat ke-3. Amerika Syarikat (US) walaupun mencatat penurunan dalam spam tetapi masih kekal sebagai negara utama spam dengan 24.5%. Penurunan itu berdasarkan kepada penguatkuasaan dan perundangan yang dilaksanakan, terutama dengan mengenakan denda kepada mereka yang terbabit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...