21 Mac 2006

Sejarah Weblog / Blog

Jorn Barger, is an American blogger, best know...
Jorn Barger, is an American blogger, best known today as editor of Robot Wisdom, an influential early weblog. (Photo credit: Wikipedia)
Jorn Barger dikatakan sebagai individu yang menjadi pengasas kepada trend penulisan blog yang begitu popular masa kini. Beliau mula menulis komen pendek berserta capaian berkaitan dengan topik terbabit dalam laman webnya iaitu Robot Wisdom pada 17 Disember 1997 yang seterusnya mencetuskan idea mengenai blog atau pada awalnya dikenali sebagai weblog. Komennnya mengenai isu politik pernah menimbulkan kontroversi apabila ia membabitkan sejarah Judaisme, polisi Israel dan konflik Arab-Israel.Ada antara pelawat laman forum yang dikendalikan Barger menuduh beliau anti-Zionisme dan anti-Semitisme.

Pada Disember 2003, satu spekulasi mengenai kehilangan Barger dibuat beberapa orang blogger selepas beliau tidak online untuk satu tempoh masa yang lama. Dua tahun selepas itu, iaitu pada Februari 2005, weblog Robot Wisdom kembali aktif walaupun persoalan ke mana Barger 'menghilangkan' diri tidak berjawab. Robot Wisdom yang dibangunkan anak kelahiran Ohio, Amerika Syarikat ini mengandungi senarai tajuk utama mengenai isu yang merangkumi apa saja hal yang berlaku di dunia hari ini bersama capaian ke laman asal yang memaparkan isu berkenaan.
Enhanced by Zemanta

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...