22 Februari 2006

Sumber Terbuka: Peralatan daya saing terbaru firma

Logo Open Source Initiative
Logo Open Source Initiative (Photo credit: Wikipedia)
Beberapa tahun sebelum ini, perkataan sumber terbuka atau langkah syarikat mendedahkan kod sumber yang menjadi teras kepada pembangunan perisian mereka dianggap amat asing dan berbahaya kepada daya saing serta kelangsungan perniagaan mereka. Namun, pandangan dan persepsi itu berubah apabila semakin banyak syarikat kini sedia berkongsi kod sumber mereka dengan orang ramai, lantas menggalakkan lagi penggunaan sumber terbuka sebagai satu cara meningkatkan lagi daya saing masing-masing. Kod sumber terbuka adalah langkah maju ke depan untuk bersaing dengan syarikat perisian komersial yang menguasai sebahagian besar pasaran industri perisian dunia. Microsoft Corp. (Microsoft) juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan perubahan pesat industri perisian terutama sumber, ia kini akan memasukkan ciri sumber terbuka dalam setiap perisiannya manakala syarikat perisian lain, misalnya, Integrated Computer Solutions, akan memastikan perisian aplikasi yang dibangunkannya memiliki ciri sumber terbuka. Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan pandangan berkenaan, Presiden VMVMware yang menghadapi persaingan sengit syarikat perisian sumber terbuka berpandangan, perisian komersial masih lagi penting selagi syarikat yang menghasilkannya sentiasa terus melakukan inovasi serta mendahului pesaingnya.

Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...