11 Februari 2006

Serangan Phishing semakin canggih

English: Depicting phishing of information fro...
English: Depicting phishing of information from a computer. (Photo credit: Wikipedia)
Kumpulan Kerja Anti-Phishing (APWG) memberi amaran kepada pengguna internet supaya berhati-hati apabila menerima e-mel kerana ia berkemungkinan memperdaya mereka untuk mendapatkan kata laluan (password) atau maklumat sulit seperti nombor akauan bank. Teknik phishing pada permulaan tahun 2005 mendapat publisiti meluas, ketika ini seakan-akan sudah perlahan tetapi kaedah phishing menggunakan e-mel semakin meningkat. Serangan dilakukan dengan pelbagai cara seperti mempelawa penerima e-mel untuk klik mesej yang dihantar. Jika pengguna terpedaya, e-mel terbabit sebenarnya dihubungkan kepada laman web trojan manakala penggunaan pesanan segera yang memiliki scammers turut digunakan. Kelemahan pada Internet Explorer (IE) juga memudahkan mereka menyerang yang membolehkan mereka mengawal operasi komputer tanpa kebenaran. Sebahagian besar aktiviti phishing berasal dari Brazil, yang mana penduduknya berbahasa Portugis dan pengguna berbahasa ini menjadi sasaran.

Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...