11 Februari 2006

3 virus serang MSN Messenger

MSN Messenger
MSN Messenger (Photo credit: fcastellanos)
3 jenis virus iaitu Kelvir.B, Kelvir.C dan Fatso.A telah dikesan merebak pantas dan menyerang sistem pesanan segera MSN Messenger. Virus Kelvir.B dan Kelvir.C menyerang mangsa dengan menghantar mesej "omg this is funny!" (Kelvir.B) atau "lol! see it! u'll like it" (Kelvir.C)bersama rangkaian alamat internet. Jika pengguna klik pautan itu, fail yang mengandungi kod virusakan dmuat turun dan dipasang di dalam komputer. Selepas siap, virus akan menghantar mesejterbaru kepada maklumat hubungan dalam MSN Messenger dan memindah turun varian virus TrojanGaobot dan Sdbot daripada alamat web berlainan.

Ia membolehkan penceroboh sistem rangkaian komputer mengambil alih dan mengawal komputer secara jarak jauh dan menjejaskan saluran sembang IRC. Virus cecacing Fatso.A pula akan menghantar mesej mengandungi pautan muka daripada fail yang mengandungi salinan kod virus berkenaan dan akan dimuat turun. Apabila ia memasuki sistem komputer, ia akan menghantar dirinya kepada alamat yang ada di dalam MSN Messenger dan memindah turun fail lain kepada sistem direktori utama. Virus cecacing Fatso.A juga mampu merebak menerusi aplikasi P2P seperti KaZaa dengan mewujudkan salinan dirinya di dalam direktori berkongsi yang dimanfaatkan program berkenaan.

Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...